Rm16000!!
Tahun 2017, satu kehilangan besar dalam hidup saya. Arwah ibu sy pergi meninggalkan kami semua pd 3 Mei 2017 iaitu sehari selepas ulangthn harijadi saya.
Sy ingat lagi kejadian pd hari tersebut.. Kelam kabut betul.
Antara kenangan yg ibu tinggalkan hari ni adalah seutas rantai emas.
Untuk makluman semua, saya sejak tahun 2013 lagi memamg dh minat tentang emas ni.
2013, saya pernah beli 1 Dinar dengan harga rm700, tapi bila sy peram selama setahun harga tidak berubah ketara sangat, sy jual semula dengan perasaan kecewa. (Bila tiada ilmu ttg emas) Pok Wa
Sekarang harga 1 Dinar ni lebih kurang Rm2900 lebih.. aduhai..
Tahun 2018, tiba masa pengurusan harta pusaka arwah ibu, masa tu harga emas hiasan 916 sekitar Rm150-170. Kalau ikut logik akal “mahal nya emas masa sekarang” berbanding harga tahun sebelumnya.
Tapi sebab nilai sentimental yg ada pada seutas rantai tu sy nekad untuk beli dengan harga semasa Rm4000 lebih kurang. Harga ni berdasarkan harga yg saya semak di sebuah kedai emas. Saya beli mengikut nilai semasa bukanya nilai buyback.
Masa tu cuma satu nk simpan memori arwah ibu saya.
Penyesalan…
Dulu, saya selalu tahu harga emas ni sentiasa naik. Tiap kali nk beli, hati ni akan berkata:
“tunggu dulu la sbb harga tengah mahal ni, tunggu harga turun baru beli”
Sedar tak sedar, tahun demi tahun berlalu. Harga yang kita kata "mahal" tahun lepas, rupanya adalah harga "paling murah" berbanding tahun depan.
Realiti Tahun 2026
Hari ini, saya letak rantai berat 27 gram itu atas penimbang. Angka digital menunjukkan harga buyback semasa dah mencecah RM598 segram.
Cukup mengejutkan. Rantai yang saya beli dengan harga RM4,000 dulu, nilainya sekarang dah mencecah RM16,146!
Kalaulah saya tahu...
• Tahun 2014 itu murah.
• Tahun 2018 (RM150) itu sebenarnya sangat murah.
• Sebab hari ini, harga sudah berkali ganda tinggi.
Tapi kalau nk buat simpanan jangka masa panjang, emas perhiasan 916 ni tak sesuai sebab ada kos upah yang tinggi.
Emas yang sesuai utk simpanan jangka masa panjang adalah emas 999.9
24 Feb 2026
Harga emas 999.9
Rm706
“Mahalnya… 1 Gram pun dh Rm 706”
Nk tunggu murah ke? Jangan ulangi kesilapan yang lalu.
Walaupun emas tengah mahal kita tetap mampu untuk menyimpan Rm50 dalam bentuk emas, beli sikit sikit, nanti baru keluarkan fizikal.
Komen kt bawah ni, sapa yg pernah mengalami situasi yang sama, dan tak mahu ulangi kesilapan yang lalu!

0 Comments