Selesaikan Hutang Nissan Serena 4 Tahun Lebih Awal – Jiwa Tenang, Bebas Hutang!

Selesaikan Hutang Nissan Serena 4 Tahun Lebih Awal – Jiwa Tenang, Bebas Hutang!


🚗 Kisah Bermula Dengan Nissan Serena

Pada tahun Okt 2018, saya ambil keputusan untuk membeli Nissan Serena C27 sebagai kenderaan keluarga. Sebuah MPV yang cukup selesa, luas dan sesuai untuk perjalanan jauh. Dengan ansuran bulanan yang masih mampu saya bayar, saya teruskan komitmen seperti biasa.



Namun, tahun 2020 menjadi titik perubahan besar — pandemik COVID-19 melanda. Pihak bank menawarkan moratorium, dan saya ambil peluang tersebut. Malangnya, ini menyebabkan tempoh pinjaman saya bertambah, daripada 9 tahun bertambah lagi tahun.


💸 Kenapa Saya Pilih Selesaikan Awal?

Masuk tahun 2024, saya mula rasa berat dengan komitmen hutang yang berpanjangan. Baki hutang masih ada 4 tahun lagi, dan secara psikologi, saya tidak tenang.

Sebenarnya sejak awal beli lagi saya memang target untuk — "Saya mahu tamatkan hutang Nissan Serena lebih awal."

Sebab utama saya:

  1. Tak suka hidup dalam beban hutang terlalu lama
  2. Mahu jiwa lebih tenang bila tiada komitmen bulanan
  3. Mahu lebih ruang dalam bajet bulanan untuk simpanan dan pelaburan
  4. Ada sedikit lebihan wang yang boleh digunakan untuk full settlement


🎁 Rebat RM2500 – Bonus Yang Tak Dijangka

Bila saya hubungi pihak bank untuk buat full settlement, saya terkejut bila diberitahu saya akan dapat rebat sebanyak RM2500 kerana membuat pembayaran lebih awal.

Bayangkan, bukan saja saya bebas dari hutang, saya juga jimat lebih RM2,500 daripada jumlah keseluruhan faedah pinjaman.


🔐 Proses Full Settlement Nissan Serena

  1. Hubungi pihak bank atau institusi kewangan – minta penyata full settlement.

  2. Semak tarikh akhir bayaran dan jumlah sebenar.

  3. Buat bayaran secara penuh – boleh melalui online banking atau secara manual di kaunter.

  4. Simpan bukti pembayaran dan minta surat pelepasan (release letter) daripada bank.

  5. Selesai! Kereta kini 100% milik anda tanpa sebarang hutang.




💭 Apa Saya Rasa Selepas Selesai Hutang?

Jujurnya, sangat lega.

✔️ Tiada lagi komitmen bulanan RMxxx setiap bulan
✔️ Bajet bulanan lebih fleksibel
✔️ Fokus kini kepada simpanan, pelaburan dan pembinaan kekayaan
✔️ Hati lebih tenang, tidur lebih lena

Nissan Serena C27



📌 Penutup: Hutang Adalah Alat, Bukan Beban Seumur Hidup

Bagi saya, hutang bukan musuh — tapi ia perlu diurus dengan bijak. Jika mampu dan ada rezeki, selesaikan hutang lebih awal adalah antara keputusan kewangan terbaik dalam hidup saya.

Kalau anda sedang fikir untuk buat full settlement, pertimbangkan:

  1. Jumlah baki hutang

  2. Kemampuan semasa

  3. Rebat atau penjimatan faedah

  4. Ketenangan jiwa jangka panjang

** Kereta ni saya telah jual pada Januari 2025 

Post a Comment

1 Comments

Ais Krim Farm Fresh