Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Program Automotif: Meriah, Mesra & Bermakna!
Alhamdulillah, pada 24 Apr 2025, Program Diploma Teknologi Automotif telah berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat program dengan penuh kemeriahan dan semangat kekeluargaan.
Majlis yang berlangsung di Bengkel Automotif itu disertai oleh semua pensyarah, serta para pelajar dari semua semester. Lebih istimewa, majlis ini turut dihadiri oleh Mantan Ketua Program iaitu En Hamzah bin Ahmad, serta jemputan khas daripada jabatan-jabatan lain yang hadir memeriahkan suasana.
Mantan Ketua Program |
✨ Tema & Suasana
Sebenarnya tiada tema pun walaubagaimana pun suasana cukup meriah dengan pakaian raya yang berwarna-warni – dari baju melayu moden sehinggalah ke baju kurung tradisional, semuanya tampil bergaya!
🍽️ Jamuan Raya
Sudah tentu yang paling dinanti-nantikan – jamuan raya! Pelbagai juadah disediakan secara potluck oleh warga program: nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, lemang, sate, kuih-muih tradisional, dan tidak ketinggalan air sirap bandung dan teh tarik kaw!
Brownies
Biskut Batik
Kuih Muih
Lemang yg dibakar oleh pelajar
En. Zaa Zaa |
💬 Ucapan & Pengisian
Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Ketua Program, yang menekankan nilai-nilai perpaduan, hormat-menghormati dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga program. Ada juga sesi open mic di mana pelajar dan pensyarah berkongsi kenangan raya mereka, termasuk kisah lucu balik kampung dan juadah wajib di pagi raya.
Ucapan Ketua Program |
📸 Kenangan Terindah
Sesi fotografi tidak dilupakan – bergambar beramai-ramai, gambar kelas bersama pensyarah, dan gambar OOTD raya. Semua kenangan ini akan kekal dalam album memori pelajar sepanjang hayat.
Penutup
Majlis seperti ini bukan sekadar untuk meraikan perayaan, tetapi lebih kepada mengeratkan silaturrahim dan menyuburkan budaya kerja berpasukan dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini – dari perancangan, penyediaan makanan, persembahan hinggalah ke pembersihan selepas majlis.
Raya di kampus, walaupun tanpa keluarga, tetap terasa hangat bila diraikan bersama ‘keluarga automotif’. 💛
Semester 1
Semester 2
Semester 3
Semester 4
semester 5
0 Comments