Percutian Tenang di Rumah Sungai, Lenggong – Sambutan Hari Jadi Isteri ke-37

Alhamdulillah, syukur pada Allah. Akhirnya dapat juga saya luangkan masa untuk kongsikan pengalaman percutian kami ke Rumah Sungai, Lenggong baru-baru ini sempena sambutan hari jadi isteri saya yang ke-37 pada 23 Oktober 2024. 🎂

Kali ni memang kami plan nak lari dari kesibukan kota, cari tempat yang tenang, dekat dengan alam semula jadi dan ada sungai untuk sejukkan kepala dan hati. Lokasi pilihan mestilah dalam negeri Perak je, supaya tak terlalu jauh dan memenatkan, terutama bila bawa anak-anak kecil.


Misi: Rehat & Healing Di Tepi Sungai 🏞️

Macam biasa, Google jadi kawan baik untuk cari tempat menarik. Selain tu, saya juga tanya rakan-rakan yang memang kaki jalan dan pernah bercuti di kawasan Lenggong, Perak ni.

Pada mulanya nak cuba glamping, tapi fikir balik — anak-anak masih kecil dan semua benda abi yang kena urus… rasa macam belum sesuai. InshaAllah nanti bila anak-anak dah besar sikit, kita try glamping pula!

Antara Pilihan Menarik di Lenggong:

Kalau korang tengah plan bercuti ke Lenggong, ni antara tempat yang saya jumpa:

  1. Kuak Hill Resort
  2. Branda Lenggong
  3. D’Impiana Riverside
  4. Rumah Sungai (pilihan kami kali ni)
Jalan masuk dari jalan besar Lenggong

Suasana di Rumah Sungai, Lenggong -Tenang & Mendamaikan 

Terletak di kawasan hijau yang mendamaikan, Rumah Sungai ni memang sesuai sangat untuk family getaway, healing session, atau pun nak sambut hari istimewa bersama orang tersayang. Rumah yang kami duduk diberi nama “Nurul” — cantik dan selesa sangat!



Harga & Pakej Penginapan 💸

Senarai Harga

Kami ambil pakej:

  1. Unit Besi / Family Room – RM190 semalam
  2. Termasuk: Sarapan pagi & makan tengah hari untuk 3 orang

Untuk tempahan, semakan tarikh dan bayaran, boleh terus ke laman rasmi mereka:

👉 www.rumahsungailenggong.com

Menu Sarapan & Makan Tengah Hari 😋

Sarapan pagi:

  1. Nasi lemak (boleh tambah dengan RM1/bungkus)
  2. Add on: Popia Carbonara (5pcs – RM5)

Makan Tengah Hari (Set Pilihan):

  1. Set A: Ikan talapia bakar + gulai lemak labu
  2. Set B: Ikan keli bakar + gulai lemak pucuk paku
  3. Set C: Ikan kembung bakar + gulai lemak bayam
  4. Semua set lengkap dengan ulam-ulaman, ikan pekasam dan sirap sejuk!

Add-on (kalau perut kuat makan 😁):

  1. Ayam sepiring – RM10
  2. Telur – RM5
  3. Ikan tambahan – RM15
  4. Nasi semangkuk – RM3
  5. BBQ set – RM20
  6. Talapia bakar sumbat sambal petai – RM20
  7. Confirm padu!


Kesimpulan: Highly Recommended Untuk Healing Dengan Keluarga! ✅

Kalau korang tengah plan nak rehatkan minda, nikmati keindahan semula jadi, dan tenangkan jiwa, saya sangat rekomen Rumah Sungai ni. Tenang, bersih, makanan sedap, dan layanan pun baik. Sangat sesuai untuk family dengan anak-anak kecil.

InshaAllah kalau ada rezeki, boleh repeat datang lagi — mungkin dengan versi BBQ malam-malam sambil layan bunyi sungai mengalir. ❤️


Gambar Kenangan












Terima kasih kerana sudi baca catatan saya ni. Jangan lupa kongsikan kalau bermanfaat ya! Kalau ada soalan pasal tempat ni, boleh tinggalkan komen. ✨



Post a Comment

0 Comments