Kursus Peningkatan Kemahiran Diri Tahun 2025



Contoh Gambar


Assalamualaikum, post kali ni saya nak cerita tentang perancangan apa kursus yang saya akan cuba cari dan belajar pada tahun 2025.

Pada pendapat saya kursus peningkatan kemahiran ni sangat penting untuk digunakan pada masa akan datang. Lagipun ia adalah salah satu item yang boleh digunakan untuk rebat cukai (income tax) untuk tahun ini.

Bila saya fikirkan antara kursus kemahiran yang saya perlu belajar pada tahun ini adalah:

  1. Kursus sistem elektrik kereta- contohnya berkaitan, central lock kereta, starting system, auxilary system (lampu, horn dll), dan lain lain yang berkaitan elektrik kenderaan. Tapi untuk permulaan saya akan belajar yang paling asas dahulu.
  2. Kursus Arduino- Kursus ni saya akan masuk sekali dengan anak saya. Sebagai tambah nilai untuk diri sendiri supaya akan datang boleh buat projek DIY.
  3. Kursus Gunting rambut.
  4. Kursus CVT- yg ni saya target untuk belajar dengan kawan kawan pensyarah saya sahaja. Sebelum ni saya ada buat kertas kerja berkaitan kursus cvt ni, bila tiba masa untuk kursus, saya pulak tak dapat nk hadir kerana terpaksa menghadiri kursus lain yang lagi penting.

Jadi ada 4 kursus yang perlu saya laksanakan pada tahun 2025 ni, dari segi kos pula, saya target di bawah rm2500 secara keseluruhannya. Sebab apa kos ni sahaja yg boleh digunakan untuk tolak rebat cukai pada 2026 nanti.

Pads tahun 2026 nanti saya perlu semak kembali adakah perancangan saya ni berjaya atau tidak.

Setiap kursus yang saya hadir, saya akan catat di ruangan blog untuk rujukan saya dan anak anak pada masa akan datang.

Post a Comment

0 Comments

Ais Krim Farm Fresh