Beli Mesin Rumput Baru! Ogawa Super Cutter BG330D

 

Hari ini saya nak kongsi pengalaman baru — saya baru saja beli mesin rumput Ogawa Super Cutter model BG330D!

Harga dia RM360, dan bagi saya, memang berbaloi baloi.

Sebelum ni, saya pernah beli mesin rumput bateri, syok tu memang syok, tapi memenatkan, sebab diameter pemotongan dia terlalu kecil. Lambat nk boleh siap.

Proses pemasangan pun tak terlalu susah — cuma kena sambung beberapa bahagian seperti batang penyambung, pengendali, dan pelindung mata pisau. Tapi bukan sayalah yang pasang, ada pekerja di kedai yang bantu pasang dan tunjukkan cara penggunaan asas.

Spesifikasi ringkas Ogawa BG330D:

  1. Enjin petrol
  2. Model: BG330D
  3. Sesuai untuk kerja-kerja memotong rumput di kawasan rumah atau kebun kecil
  4. Rekaan enjin belakang (backpack) untuk lebih selesa

Mesin ini terasa ringan di badan dan mudah dikendalikan. Bunyi enjin pun tak terlalu kuat jika dibandingkan dengan mesin rumput lama yang saya pernah guna sebelum ini. Antara sebab saya pilih model ini sebab Ogawa terkenal dengan ketahanan dan alat ganti yang mudah dicari.

Kenapa pilih Ogawa BG330D?

  1. Harga berpatutan
  2. Jenama dipercayai
  3. Mudah dikendalikan
  4. Spare part senang dapat

InsyaAllah, dengan mesin baru ini, kerja potong rumput akan jadi lebih cepat dan senang.

Kalau anda tengah cari mesin rumput untuk kegunaan rumah atau projek kecil, saya memang rekomenkan model ini.

Nanti saya akan update lagi selepas beberapa kali penggunaan untuk kongsi pengalaman jangka panjang pula!

Post a Comment

0 Comments

Ais Krim Farm Fresh