Semalam kedua dua anak saya ni pertama kali cuba ayam tandoori di kedai mamak De ezzan seri manjung.
lepas tu hari ni, selepas solat magrib, aisy tiba tiba bersuara.. abi, aisy nak makan ayam kenduri macam semalam dengan roti canai. Owh… tiba tiba teringat aisy ada cakap semalam nk repeat ayam tanddori..
ok jom…
lepas tu sy order la ayam tanddori 2, roti canai dua.
Gembira dua dua dapat makan roti canai dan ayam tanddori.
Bagi saya ayam tanddori kt kedai ni sedap dan harga berpatutan. Seketul rm8 sekali dengan yogurt.
Bagi yang nk mencuba makan ayam tandoori kt Kedai Mamak De ezzan ni boleh la datang cuba. Salah satu pilihan lain bila kedai famous di manjung.
Antara kedai mamak yang sentiasa penuh di Seri Manjung adalah, Restoran Madinah dan Biriyani.
0 Comments