Isteri Kemalangan Kecil Dengan Kereta Honda City di hadapan sekolah

 







Alhamdullilah... syukur pada Allah sebab tak teruk sangat eksiden ni.. Kejadian ni berlaku pada 10 Okt 2024, lebih kurang jam 7.30 pagi, tiba tiba isteri ku call bagi tau eksiden di hadapan sekolah ketika cuba membelok masuk ke sekolah dan minta aku untuk ke sana dengan segera.

Pada masa ni aku sedang uruskan 3 orang anak iaitu, Hasya, Aisy dan Uwais. Mujur la anak anak dh hampir siap waktu ni, terus hantar uwais ke rumah nenek dan hasya aisy ke taska Sayfa. Terus bergegas ke Petronas berhampiran sekolah tempat kemalangan.

Dalam lebih kurang 10 minit aku sampai ke tempat kejadian. Isteri masa tu panic sikit sebab kalau ikutkan ni kali kedua dia eksiden sepanjang 13 tahun memandu kereta.

Alhamdullilah aku tengok isteri selamat dan kereta tak lah teruk sangat. Kedua dua kereta hanya mengalami kerosakan pada Side Mirror sahaja.

Jadi aku cakap jom kita pergi balai polis dulu untuk buat laporan, sebelum tu aku tanya ada berbincang tak dengan orang yang langgar tadi.

Isteri aku cakap dia panic dan orang yang langgar tu asyik cakap isteri aku yang salah.. erm.. kalau ikut dari penceriataan tu, sepatutnya dia yang salah, tapi takpe.. kita pergi buat laporan di balai polis dulu.

Sampai sahaja di balai polis manjung terus menuju ke bahagian trafik. Kat sini berjumpa dengan pegawai untuk mintak pandangan adakah perlu teruskan dengan laporan atau tidak?

Polis cakap, bagi dulu maklumat, jika orang yang langgar aku buat laporan, nanti polis akan call aku untuk sama sama buat laporan. Ok lah kalau macam tu, sebab aku takde plan pun nk claim insuran sebab kos nak ganti cover side mirror ni dalam rm20 je. Kereta aku memang plan untuk cat pada tahu ni, so tak la ralat sangat.

Semoga apa yang berlaku ni ada hikmah disebaliknya. Syukur sebab tidak ada perkara yang serius berlaku.

Itu jelah secara ringkas tulisan pada hari ni. 


Post a Comment

0 Comments